RENUNG SEJENAK
Sesungguhnya Allah S.W.T menyembunyikan enam perkara untuk kita muhasabah diri kita iaitu:
1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya dalam maksiat.
3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatil Qadar dalam bulan Ramadhan.
5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama dalam solat lima waktu.
6. Allah S.W.T telah menyembunyikan tarikh terjadinya hari kiamat di dalam semua hari.
ps.. Marilah kita merenung apakah selama kita hidup hari ini sejauh mana ketaatan kita kepada Allah S.W.T. Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmatnya.
***************
Islam mewajibkan umatnya bersatu dalam pemerintahan dan melarang menggulingkan pemimpin yang majoriti anggota kabinetnya beragama Islam kerana dianggap oleh Syarak sebagai bukan golongan AHLIL SUNNAH tetapi golongan KHAWARIJ yang kerjanya tidak lain hanya berusaha mencari kesalahan pemimpin dan menentang secara terbuka walaupun perkara yang dibuat oleh pemimpin itu perkara baik, mereka tetap mempersendakannya. Muhammad bin al-Hussin al-Ajuri rahimahumullah berkata, “KHAWARIJ adalah golongan yang menentang kepimpinan orang Islam sebagaimana yang terjadi terhadap kepimpinan Saidina Ali radiayallahu ‘anhu”. Nabi SAW bersabda, “Sesiapa yang datang kepada kamu sedangkan kamu bersatu di bawah seorang pemimpin, dan orang yang datang tersebut ingin merosakkan ketaatan kamu dan memecahbelahkan kamu, maka perangilah dia”. (Riwayat Muslim)
PS... Orang Macam Anwar Ibrahim wajib diperangi....
****************
Surah Al-Tawbah ayat 17 & 18
Maksudnya:
"Tidaklah layak orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid -masjid Allah, sedangkan mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. Mereka itu orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka."
"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi golongan yang mendapat petunjuk.
ps.. Marilah kita sama menggunakan akal fikiran yang waras untuk sama-sama menilai apa yang berlaku hari ini kadang-kadang amat mengelirukan kita. orang yang mengaku dirinya ulama' tidak menghalang cubaan puak-puak kafir untuk mengelirukan kita tapi mereka bahkan menyokong tindakan puak-puak kafir mencemari masjid dan menodai kesucian Al-Quran.
****************